Logo dan Moto SMK Hang Kasturi
Visi SMK Hang Kasturi
Misi SMK Hang Kasturi
Objektif SMK Hang Kasturi
1. Mendidik generasi muda ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia melalui:
- Peningkatan pencapaian akademik
- Menjayakan kegiatan kokurikulum
- Mengukuhkan disiplin diri
- Meningkatkan daya kepimpinan
- Mengamalkan nilai-nilai murni
Piagam Pelanggan
Kami warga SMK Hang Kasturi berikrar akan :
- Memberikan perkhidmatan pendidikan yang adil, bermutu dan penuh minat,kasih sayang, disiplin dan dedikasi.
- Berusaha meningkatkan sahsiah dan kualiti kepimpinan guru, kakitangan dan pelajar di semua peringkat.
- Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi bagi mewujudkan iklim sekolah yang kondusif sebagai tempat bertugas dan berlangsungnya proses pendidikan.
- Mempraktikkan sistem dan prosedur pengurusan sekolah yang cekap, adil, tepat dan berkesan.
- Bersikap terbuka, mesra dan sedia bekerjasama dengan semua pihak dalam membina pemuafakatan.
- Menunaikan amanah secara berhikmah, berorientasikan matlamat 'kecemerlangan'.
Sejarah SMK Hang Kasturi
Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi telah dibuka pada tahun 1976 di atas tapak tanah seluas 12.6 ekar. Apabila dibuka sekolah ini dinamakan Sekolah Rendah Masjid Tanah. Pada awal penubuhannya bilangan pelajar berjumlah 326 orang, 13 orang guru dan 5 orang kakitangan bukan guru. Di peringkat awal, pelajar-pelajar menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah pada sesi petang iaitu melibatkan pelajar-pelajar kelas peralihan (2 kelas) dan tingkatan 1(5 kelas). Pertengahan tahun 1976 apabila sekolah ini siap sepenuhnya, pelajar-pelajar telah berpindah dan memulakan pelajaran di sekolah ini. Terdapat 4 blok bangunan sahaja pada peringkat awalnya yang menempatkan pelajar kelas peralihan hingga tingkatan tiga sahaja.
Pada tahun 1988, kelas tingkatan 4 aliran sastera telah ditubuhkan di sekolah ini. Serentak dengan perkembangan tersebut, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Masjid Tanah. Nama Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah tidak sesuai lagi dengan perkembangannya apabila ia telah memulakan kelas menengah atas. Pada awal tahun 1990 nama sekolah ini sekali lagi mengalami perubahan apabila ianya dengan rasmi dikenali sebagai Sekolah Menengah Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka.
Tahun 1996 terbina 1 blok bangunan 2 tingkat untuk makmal sains dan bengkel KH. Kelas Sains Tulen untuk tingkatan 4 mula dibuka. Tahun 2002 dibina lagi 2 blok bangunan tambahan iaitu 1 blok 4 tingkat untuk pentadbiran, kelas, bilik-bilik khas dan 1 blok 2 tingkat untuk makmal sains. Bangunan baru ini mula digunakan mulai 2004. Kini terdapat 8 blok bangunan di sekolah ini. Tahun 2002 dibina lagi 2 blok bangunan tambahan iaitu 1 blok 4 tingkat untuk pentadbiran, kelas, bilik-bilik khas dan 1 blok 2 tingkat untuk makmal sains. Bangunan baru ini mula digunakan mulai 2004. Kini terdapat 8 blok bangunan di sekolah ini.
Lagu SMK Hang Kasturi
Kebanggaan kita bersama
Pelajarmu berbilang bangsa
Namamu harum sentiasa
Usaha jaya bahagia
Itulah semboyan kita
Berilmu tinggi berakhlak mulia
Menjadi insan yang taqwa
Kami pelajar semua
Berdisiplin mendukung cita
Harapan nusa dan bangsa
Majulah sekolah kita (x2)
Bil. | Nama | Jawatan |
1 | Tn. Hj. Ismail bin Sulaiman | Pengetua |
2 | En. Ishak bin Dumun | GPK1 |
3 | En. Azizan bin Mustafa | GPK HEM |
4 | Pn. Siti Zam bt Dahlan | GPK KOKU |
5 | Pn. Siti Saripah bt Jazuli | GPK Pendidikan Khas |
6 | En. Zulkifli bin Hassan | GKMP Teknik & Vokasional |
7 | En. Muhammad bin Hj. Aseli | GKMP Kemanusiaan |
8 | Pn. Amidah bt Adam | GKMP Matematik & Sains |