PETUA TUMPUKAN PERHATIAN TERHADAP PELAJARAN
Saya dapati ramai di antara kita di luar sana yang mempunyai masalah untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran.Baiklah......Jangan panik!!.Mari kita sama-sama renungkan petua ringkas ini.
- Anggaplah guru-guru yang mengajar anda itu seperti bintang-bintang filem kegemaran anda.Sudah tentu anda akan menumpukan seluruh perhatian kepada setiap perkara yang mereka perkatakan.
- Jangan terlibat dengan 'cinta monyet' kerana cinta monyet hanya sesuai bagi monyet-monyet yang suka bergayut dari satu dahan ke satu dahan yang lain.
- Tulis segala masalah yang menggangu perhatian anda terhadap pelajaran pada sekeping kertas kemudian bakar.Lebih baik daripada anda membakar sekolah
- Berjumpalah dengan guru kaunseling dan ceritakan masalah anda.
Amalkan membaca buku sebanyak 1000 kali sehari,InsyaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran dan disamping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu...
~karya oleh Nurhidayah Bt Shaharuddin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan