Khamis, 14 Julai 2011

Fungsi & Peranan Pusat Akses

1. Berkhidmat sebagai agen sokongan untuk memperolehi, menghasil, mengorganisasi dan memperguna perisian dan maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid.

2. Berkhidmat sebagai pusat di mana maklumat dapat digunakan secara individu ataupun berkumpulan.

3. Menjalankan peranan bank data dan maklumat di mana bahan maklumat dapat dipilih untuk penggunaan dalam kelas atau di rumah.

4. Merupakan pusat perhubungan di antara sekolah dengan agen perkhidmatan maklumat lain seperti Myschool net, Yahoo, MSN dan sebagainya.

5. Memberi panduan kepada guru dan murid untuk mencari, memilih, menghasil dan menggunakan maklumat selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing.

6. Menjalankan tugas untuk menilai dari masa ke semasa maklumat yang dicari dan penggunaan Pusat Akses.

7. Menentukan bahawa peralatan komputer yang diperolehi sentiasa dalam keadaan baik dan boleh diakses pada bila-bila masa serta memastikan bahan yang rosak akan dibaiki dan dipulihara

Tiada ulasan: