Khamis, 14 Julai 2011

Jagalah komputer di Pusat Akses

Komputer di pusat akses ini kita kongsi bersama, oleh itu tolong jaga komputer dan peralatan di dalam pusat akses dengan baik.




Ha... ini ada beberapa tips yang anda semua kena beri perhatian bagaimana untuk menjaga komputer di pusat akses ini supaya jangka hayatnya panjang dan lama.







1. Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.



2. Elakkan drpd getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.


3. Jangan alihkan komputer sesuka hati seperti mengalihkan monitor atau CPU ikut keselesaan anda..

4. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer ini kerana minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer.



5. Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .



6. Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk.


7. Habuk adalah musuh komputer. Habuk yang halus yang masuk ke motherboard akan memendekkan hayat komputer.


8. Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.


9. Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer. (bukankah dilarang merokok dalam kawasan sekolah?)



10. Jika anda menggunakan tetikus bebola, anda boleh mencuci bahagian palang dan roda dalaman. Keluarkan bola itu mengikut anak panah dan cucikan habuk-habuk yang melekat pada palang dan roda di dalam dan di atas bola tikus.



11. Jangan sesekali matikan komputer dengan menutup plug eletrik. Pastikan ditutup dahulu kecuali terpaksa (ketika tergantung dan tidak boleh ditutup).



12. Jangan sesekali matikan komputer ketika sedang boot (mula-mula untuk masuk windows) ataupun reset.


13. Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.

Tiada ulasan: