Maklumat Pusat Akses


PENGENALAN

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada Pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.




Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.




Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.




Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

MATLAMAT
Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

OBJEKTIF
+Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
+ membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri akses sendiri dengan lebih berkesan
+ meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

VISI
Warga SMKHK bermaklumat

MISI
Mempertingkatkan Pengetahuan Ilmiah Tanpa Sempadan

SLOGAN
“Pusat Akses untuk semua”

ALKISAHNYA
Pusat akses SMKHK telah beroperasi sejak tahun 2005.Pada masa itu, pusat akses ini berada di tingkat tiga blok Tuah Kasturi.

Oleh kerana kedudukannya yang tinggi dan jauh menyebabkannya kurang kunjungan warga sekolah ini, maka pada tahun 2009, pusat akses ini telah berpindah ke perpustakaan di tingkat bawahnya.

Sejak perpindahan tersebut, pusat akses ini telah beroperasi dan digunakan sepenuhnya oleh semua warga SMK Hang Kasturi untuk mengakses maklumat.